Cari @ Amanz

HTC telah diperkatakan bakal hadir dengan jam tangan pintar sejak beberapa tahun lepas, namun perkara berkenaan tidak terlaksana sehingga kini. HTC sebelum ini telah mengatakan mereka menangguhkan pengenalannya disebabkan beberapa perkara – termasuk salah satunya kerana masih belum mengatasi masalah bateri pada jam tangan pintar.

Walaupun HTC tidak memperlihatkan sebarang jam tangan pintar – mahupun prototaip secara rasminya, namun ia tidak menghentikan daripada gambar peranti berkenaan tertiris. Terkini, beberapa gambar hadir ke arena web memperlihatkan jam tangan pintar dengan nama kod Halfbeak daripada HTC.

HTC Jam Halfbeak

Ia dikatakan dijana berasaskan Android Wear, dan hasil penggunaan logo Under Armour – ia dilihat akan turut memfokuskan kepada arena kecergasan.

Ini boleh dikatakan bukan kali pertama HTC bekerjasama dengan UA. Sebelum ini mereka pernah bekerjasama untuk beberapa peranti kecergasan, tetapi bukan untuk sebuah jam tangan pintar.

HTC Jam Halfbeak

Melalui perkongsian gambar ini, ia dikatakan HTC telah menghentikan projek ini buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada HTC akan meneruskannya ataupun tidak. Tetapi, boleh dikatakan ia tidak mustahil untuk kita melihat HTC hadir dengan sebuah jam tangan pintar yang menawarkan rekaan lebih kurang sama dengan Halfbeak ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd