Facebook Workplace Diperkenalkan – Memudahkan Komunikasi Dalam Sesebuah Syarikat Atau Organisasi

Facebook Workplace Diperkenalkan – Memudahkan Komunikasi Dalam Sesebuah Syarikat Atau Organisasi

Diterbitkan pada Okt 11, 2016 oleh .

Facebook hari ini telah memperkenalkan produk mereka yang ditujukan kepada perusahaan, iaitu Facebook Workplace. Melalui perkhidmatan baru ini, mereka ingin memudahkan proses komunikasi dalam sesebuah syarikat atau organisasi menggunakan platform Facebook.

Facebook Workplace

Facebook Workplace sebelum ini telah diuji dengan nama Work. Ia menawarkan antaramuka yang menyerupai laman sosial popular berkenaan, tetapi ia lebih ditujukan untuk digunakan dalam sesuatu syarikat untuk berkongsi informasi atau berkomunikasi. Seperti biasa, pengguna boleh berkongsi gambar, fail dan turut membuat Group khusus didalamnya.

Facebook Workplace ini ditawarkan secara berbayar – dimana untuk syarikat yang mempunyai kurang 1000 pengguna aktif, mereka perlu membayar $3 untuk setiap pengguna – dan ia berkurangan dengan angka pengguna aktif yang lebih tinggi. Facebook menawarkan akses 3 bulan secara percuma, selain perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma sepenuhnya untuk institusi pendidikan dan tidak berasaskan keuntungan.

Layari – Facebook Workplace


TIPS & ULASAN