Cari @ Amanz

Tahun 2016 hampir berakhir dan isu paling hangat diperkatakan ialah insiden peranti Note 7 yang meletup secara rawak. Insiden yang cukup memalukan ini turut melibatkan peranti gantian yang sepatutnya boleh digunakan dengan selamat. Samsung bukan satu-satunya pengeluar yang terpaksa berhadapan dengan masalah ini. Dua peranti iPhone 6 Plus turut dilaporkan meletup di Amerika Syarikat secara rawak.

Di dalam insiden pertama ia terbakar di dalam poket seluar seorang pelajar ketika di dalam kelas. Kes kedua pula berlaku di waktu malam ketika pengguna sedang tidur. Di dalam kes kedua ini Apple segera menawarkan peranti gantian dan membayar kos membaiki dua pengecas Apple Watch yang turut terbakar. Apple mengesahkan mereka sedang menyiasat punca letupan pada kedua-dua peranti ini. Buar masa ini tiada petanda dua insiden letupan ini berlaku kerana masalah rekaan sehingga membuatkan semua iPhone 6 Plus berpotensi menjadi bom jangka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd