Spesifikasi PC Untuk Skyrim Special Edition Diumumkan

Spesifikasi PC Untuk Skyrim Special Edition Diumumkan

Diterbitkan pada Okt 11, 2016 oleh .

Fush Roh Dah! Anak-anak kelahiran Naga kembali bersatu! Kepada peminat Skyrim, Bathesda akan melancarkan edisi baru dengan kemampuan grafik yang diperbaiki pada penghujung bulan ini. Antara peningkatan grafik yang dilakukan ialah tekstur resolusi tinggi, DOF dinamik, shader baru untuk air serta salji dan penggunaan sistem pencahayaan lebih realistik.

Spesifikasi PC untuk Skyrim Special Edition diumumkan oleh Bathesda dan ia tidak terlalu tinggi. Ini tidak mengejutkan kerana permainan ini pada asalnya dilancarkan pada tahun 2011. Kepada pengguna PC yang terlepas memainkan Skyrim sebelum ini, edisi baru ini tidak boleh dilepaskan. Kami dahulu juga peminat platform PC, tetapi kemudian kami terkena panah pada kepala lutut.

Spesifikasi Skyrim Special Edition
Pemproses Paling Minimum Intel i5-750

AMD Phenom II X4-945.

Pemproses Disarankan Intel i5-2400

AMD FX-8320.

Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA GTX 470 1GB

AMD HD 7870 2GB

Kad Grafik Disarankan NVIDIA GTX 780 3GB

AMD R9 290 4GB

RAM Paling Minimum 8 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 12 GB
Sistem Operasi Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

 


TIPS & ULASAN