Samsung ArtPC Pulse – Komputer Desktop Berbentuk Silinder

Samsung ArtPC Pulse – Komputer Desktop Berbentuk Silinder

Diterbitkan pada Okt 11, 2016 oleh .

Majoriti kerangka PC berbentuk kotak. Sejak kebelakangan ini rekaan kerangka PC mula berubah bagi menjadikannya lebih menarik untuk dilihat. MSI ada menghasilkan Vortex, sebuah kerangka PC dengan rekaan silinder. Kini tiba giliran Samsung pula untuk menghasilkan sebuah kerangka desktop dengan rekaan silinder. Samsung ArtPC Pulse mempunyai kerangka berbentuk silinder logam dan sistem pembesar suara pada bahagian atas.

samsung-artpc-pulse-2

Komputer ini dilengkapi pemproses Intel Core i-5/i-7, RAM sebesar 16 Gigabyte DDR4, kad grafik Radeon RX460 , storan SSD 256 Gigabyte dan storan HDD 1 Terabyte. Pembesar suara 360 darjah Harman Kardon diletakkan pada bahagian atas dan terdapat juga sistem lampu berwarna biru. Ukuran kerangka pula ialah 5. 5× 5.5 × 12.2 inci. ArtPC Pulse menggunakan sistem operasi Windows 10. Harga jualan ialah $1199 (~RM4978) untuk edisi Core i-5 dan $1599 (~RM 6639) untuk edisi Corei-7.


TIPS & ULASAN