Facebook Sedang Menguji Paparan Iklan Pada Facebook Groups

Facebook Sedang Menguji Paparan Iklan Pada Facebook Groups

Diterbitkan pada Okt 11, 2016 oleh .

Pada Facebook, salah satu fungsi yang digunakan secara aktif oleh ramai pengguna adalah Facebook Groups. Malah, menyedari perkara ini, Facebook turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk Groups. Terkini, selepas sekian lama tiada penyertaan iklan pada Facebook Groups, gergasi laman sosial berkenaan dilihat telah mula menguji penyertaannya.

Buat masa ini, paparan iklan di Facebook Groups hanya diuji dibeberapa buah negara sahaja. Di Groups, Facebook akan memaparkan iklan yang lebih kurang sama seperti pada NewsFeed.

Memandangkan Groups adalah dimana pengguna berkongsi minat yang sama bersama lain, maka tidak diketahui lagi sama ada Facebook akan menyediakan sokongan penyasaran iklan dengan kata kunci tambahan ataupun hanya seperti biasa sahaja. Groups boleh dikatakan akan mempunyai maklumbalas iklan yang lebih efektif sekiranya penyasaran dapat dilakukan dengan lebih tepat berbanding pada Page atau News Feed.

Pihak Facebook masih tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah pengiklanan di Facebook Groups akan dilancarkan di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN