Carian
Samsung Menamatkan Pengeluaran Dan Penjualan Galaxy Note 7
October 11, 2016 Aman

Samsung pada awal pagi ini telah menyeru dan menyarankan pengguna untuk berhenti menggunakan Galaxy Note 7. Kini, lanjutan daripadanya, WSJ dan Bloomberg melaporkan yang mana Samsung akan menghentikan dan menamatkan peranti Galaxy Note 7 selamanya, serta-merta.

Galaxy Note 7

Masalah berkaitan dengan Galaxy Note 7 ini hadir apabila sejumlah peranti seluruh dunia dilaporkan meletup dan terbakar. Samsung seterusnya telah menarik kembali peranti berkenaan dan menggantikan ia dengan set baharu yang dikatakan telah dibaiki masalahnya. Namun, sejak daripada minggu lepas, beberapa peranti baru turut dikatakan terbakar dan meletup secara tiba-tiba.

Samsung semalam telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka akan menghentikan penjualan untuk sementara, dan hari ini, ia dilihat akan dihentikan secara kekal.

Dengan penamatan secara kekal ini, kita tidak lagi akan melihat peranti Galaxy Note 7 selepas ini, sekaligus mungkin akan mengurangkan impak terhadap Samsung. Secara tidak langsung juga, ini akan memberikan tekanan untuk Samsung untuk hadir dengan produk yang lebih baik melalui Galaxy S8 yang dijangka hadir sekitar Februari 2017 kelak.

Samsung Galaxy Note 7 sebelum ini telah diperkenalkan dengan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk menawarkan sokongan S-Pen yang ditambah-baik, kalis-air, pengimbas-mata dan beberapa fungsi baru lain. Di Malaysia, Galaxy Note 7 hanya ditawarkan dalam bentuk pra-tempahan sahaja, dan tidak dilancarkan secara rasmi sepenuhnya.

Bagi anda yang mempunyai set Galaxy Note 7, anda boleh menghubungi pihak Samsung Malaysia di talian 1-800-88-7799.

https://www.youtube.com/watch?v=a0a6Y9JvPqo

Komen