Carian
Huawei Bekerjasama Dengan UC Berkeley Dalam Arena Kecerdasan Buatan
October 11, 2016 Aman

Dengan penawaran spesifikasi yang menjadi lebih kurang sama pada telefon pintar, kini ramai pengeluar bersaing dalam penyertaan nilai tambah. Selain Samsung dan Apple yang memfokuskan kepada penawaran kecerdasan buatan, kini Huawei turut dilihat memfokuskan arena sama.

Hari ini, Huawei mengumumkan kerjasama strategik dengan University of California, Berkeley, dan akan membuat pelaburan sebanyak $1 juta untuk kajian berkaitan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, pemprosesan bahasa perbualan, dan yang berkaitan dengannya.

Huawei berharap agar melalui kerjasama strategik ini, ia akan terus membawa teknologi kecerdasan buatan setapak lagi kehadapan, dan menyumbang kepada kemudahan manusia.

Dengan fokus ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei melalui penawaran kecerdasan buatan mereka kelak.

Komen