Cari @ Amanz

Jom Belajar Koding merupakan salah satu acara yang mengajar para pengguna dengan asas pengaturcaraan meliputi PHP, HTML dan juga CSS. Ia diadakan mengikut negeri, dan terkini, untuk Kuala Lumpur, ia akan diadakan pada 29 dan 30 Oktober 2016 ini.

Jom Belajar Koding

Di Kuala Lumpur, ia akan diadakan sekitar Cheras, dan seperti sebelum-sebelum ini, Jom Belajar Koding boleh disertai oleh sesiapa sahaja secara percuma.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftar hari ini, dan turut menyertai pembelajaran pengaturcaraan asas yang bakal diadakan pada penghujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd