Cari @ Amanz

Google pada minggu lepas telah memperlihatkan telefon pintar Pixel yang hadir menyertakan sistem operasi Android 7.1 Nougat. Kini, untuk pengguna lain, hari ini Google secara rasminya mengumumkan yang mana ia bakal ditawarkan dalam bentuk Developer Preview pada penghujung bulan ini.

App ShortcutsMenjadi kebiasaan untuk Google dan Apple memperkenalkan versi pembangun terlebih dahulu, supaya para pembangun aplikasi dapat menyediakan sokongan untuk aplikasi mereka, disamping menyertakan fungsi baru.

Salah satu fungsi baru yang akan hadir adalah App Shortcuts API, yang mana membolehkan para pembangun menyertakan akses pantas ke beberapa fungsi dalam aplikasi mereka. Akses pantas ini diperlihatkan pada ikon – lebih kurang seperti Force TOuch di iPhone.

Disamping itu, Google turut menyertakan sokongan DayDream untuk realiti-maya, dan juga sokongan imej pada papan kekunci maya.

Google akan menawarkan Android 7.1 Developer Preview pada penghujung bulan ini, dan ia dijangka hadir dalam bentuk stabil sekitar Disember 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd