Jualan PC Dan Mac Terus Merudum – Lenovo Masih Di Tangga Teratas

Jualan PC Dan Mac Terus Merudum – Lenovo Masih Di Tangga Teratas

Diterbitkan pada Okt 12, 2016 oleh .

Angkat tangan sekiranya anda membaca artikel ini menerusi peranti pintar. Kami yakin majoriti pembaca Amanz lebih selesa membaca menerusi peranti pintar berbanding di sebuah komputer. Perubahan tabiat pengguna ini adalah antara sebab mengapa jualan komputer PC dan Mac menunjukkan penurunan tahun demi tahun. Angka jualan terbaru keluaran Gartner memberikan berita buruk bagi majoriti pengeluar PC. Jika dibandingkan dengan jualan suku ke-tiga tahun lalu, jualan pada suku ke-3 tahun ini masih lagi merudum.

gartner-pc-2016-jualan

Sebanyak 68945000 unit komputer terjual pada suku ketiga tahun ini berbanding 79098000 unit pada suku yang sama tahun lalu. Enam pengeluar dengan pasaran terbesar ialah Lenovo (20.9%), HP (20.4%), Dell (14.7%), Asus (7.8%), Apple (7,2%) dan Acer (7.3%). Acer dan Apple mencatatkan penurunan jualan paling mendadak iaitu -14.1% dan -13,4%. Lenovo menunjukkan penurunan sebanyak -2.4%. Kami sendiri kali terakhir membeli PC lengkap empat tahun yang lalu. Setakat ini tiada sebab untuk membeli PC baru kerana yang digunakan sekarang cukup berkuasa untuk kerja-kerja seharian. Bagaimana pula dengan anda?


TIPS & ULASAN