Cari @ Amanz

Huawei pada IFA 2016 tempoh hari telah memperkenalkan keluarga telefon pintar baru dinamakan NOVA – menawarkan spesifikasi pertengahan dengan binaan premium. Kini, selang sebulan, peranti tersebut telah pun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, Huawei hanya menawarkan NOVA Plus sahaja. Huawei NOVA Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan binaan dan rekaan berasaskan logam, dijana dengan cip Snapdragon 625, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Huawei Nova Plus_003

NOVA Plus turut menyertakan kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel. Walaupun berspesifikasi pertengahan, pihak Huawei masih menyertakan sokongan rakaman video 4K, dan pemfokusan PDAF.

Melengkapkan ia adalah pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Di Malaysia, dua warna ditawarkan, iaitu kelabu dan emas. Kedua-duanya ditawarkan pada harga RM1499. Ia tidak diketahui lagi sama ada versi NOVA biasa akan ditawarkan ataupun sebaliknya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd