Digi RoamBorder – Kekal Berhubung Dan Menggunakan Internet Di Singapura Serendah RM30 Sebulan

Digi RoamBorder – Kekal Berhubung Dan Menggunakan Internet Di Singapura Serendah RM30 Sebulan

Diterbitkan pada Okt 13, 2016 oleh .

Dengan perkembangan penawaran perkhidmatan telekomunikasi, kini beberapa penyedia turut bersaing dalam menawarkan perkhidmatan perayauan yang kompetitif. Terkini, Digi hadir dengan Digi RoamBorder untuk para pelanggan pascabayar mereka kekal berhubung ketika berada di Singapura.

Melalui Digi RoamBorder, pengguna boleh kekal berhubung pada harga langganan bulanan RM30 sebulan – yang akan disertakan pada bil bulanan mereka. Buat masa ini, ia hanya menyokong di Singapura, dan pengguna akan diberikan tambahan 5GB data dan juga 60 minit panggilan ke Malaysia atau Singapura.

Digi Roamborder

Digi RoamBorder ini dilihat lebih menyasarkan kepada mereka yang bekerja di Singapura dan menetap di Malaysia. Ia memudahkan pengguna untuk kekal berhubung tanpa memerlukan sebarang SIM tambahan atau pada kos yang sangat tinggi. Digi RoamBorder ini tidaklah ditujukan kepada mereka yang bercuti beberapa hari, memandangkan proses untuk menamatkan langganannya perlu dilakukan secara manual di kedai Digi.

Caj tambahan RM30 akan ditambah pada bil bulanan apabila pengguna membuat langganan RoamBorder ini. Hendaklah diambil perhatian yang mana sekiranya anda melanggan RoamBorder ini, tambahan RM30 akan ditambah pada bil, sama ada anda ke Singapura ataupun tidak. Anda juga perlu memastikan anda berhubung ke rangkaian Starhub, atau sebaliknya akan dikenakan caj harian biasa.

Untuk pengenalan ini, Digi menawarkan diskaun untuk mereka yang menggunakan pelan Digi Postpaid RM78 dan ke atas, tetapi perlulah melanggan sebelum 1 Disember 2016 ini.


TIPS & ULASAN