Carian
HP Mengemaskini Spectre x360 Dengan Tambahan Sokongan Windows Hello
October 13, 2016 Aman

HP sedia popular untuk setahun dua ini dengan komputer riba yang boleh diputar 360-darjah, iaitu HP Spectre x360. Selepas dua generasi sebelum ini, kini HP telah memperkenalkan versi baru untuk tahun ini yang turut membawa sedikit kemaskini pada rekaan.

HP Spectre x360

HP Spectre x360 baru ini membawakan skrin 13-inci dengan rekaan bingkai sangat nipis – lebih kurang seperti Dell XPS 13. Ia hadir dengan sokongan paparan pada resolusi HD penuh – 1920×1080 pixel. Menjana komputer riba ini adalah cip Intel Core generasi ketujuh, sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan dan masa bertahan bateri lebih baik. Secara kasar, HP mengatakan ia menawarkan bateri sehingga 15 jam lamanya.

HP Spectre x360

HP Spectre baru ini turut hadir dengan penyertaan Thunderbolt 3, sokongan USB-C, dan turut menggunakan kamera infra-merah dihadapan untuk sokongan Windows Hello bagi memudahkan anda log masuk menggunakan pengecaman wajah.

HP Spectre x360 baru ini telah dijual di beberapa buah negara, dan dijangka hanya hadir ke Malaysia sekitar 2017 kelak.

Komen