Cari @ Amanz

Huawei dijangka memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah keluarga Mate pada bulan November kelak. Lanjutan daripada beberapa info tertiris sebelum ini, hari ini @evleaks berkongsi gambar tertiris yang memperlihatkan apakah bakal dibawakan oleh pengeluar popular dari China berkenaan.

Daripada gambar terbaru ini, ia dilihat Huawei akan hadir dengan dua versi Mate 9, iaitu satu versi biasa, dan satu versi skrin melengkung kiri dan kanan ala-ala peranti Edge daripada Samsung. Walaubagaimanapun, versi dengan skrin melengkung tersebut dikatakan hanya akan ditawarkan di China sahaja.

Huawei Mate 9

Huawei Mate 9 ini dijangka akan menggunakan skrin 5.9-inci, dilengkapi cip Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM dan ruangan storan sehingga 256GB. Melengkapkan peranti ini kelak adalah dwi-kamera belakang dengan jenama Leica.

Selain kemaskini pada rekaan peranti dan spesifikasi, Huawei juga dijangka akan memperkenalkan antaramuka baru untuk telefon pintar ini melalui EMUI generasi baru.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan awal November ini untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd