Cari @ Amanz

OnePlus Menyangkal Ura-Ura Pengeluaran OnePlus 3 Akan Dihentikan

Link Copied!

Ura-ura penghentian produksi OnePlus 3 kedengaran semalam selepas ramai pengguna mendapati mereka perlu menanti selama empat minggu sebelum menerima peranti di pesan. Pihak OnePlus menerusi Carl Pei menyangkal ura-ura ini. Tempoh masa menanti yang panjang dipersalahkan atas kekurangan stok skrin AMOLED di pasaran.

Sejak kebelakangan ini semakin ramai pengeluar menggunakan skrin ini dan menyebabkan kelewatan penghantaran kepada pihak OnePlus.Skrin ini bukan sahaja menghasilkan paparan warna yang lebih baik malahan menjimatkan penggunaan bateri. Kelebihan lain ialah ia lebih mudah dilihat di bawah sinar cahaya yang terang. Oleh sebab itulah Apple dijangka akan menggunakan panel AMOLED pada iPhone tahun hadapan.


Komen ()