Jualan Sony PlayStation VR Mengalami Kelewatan Di Malaysia

Jualan Sony PlayStation VR Mengalami Kelewatan Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 13, 2016 oleh .

Peranti realiti maya Sony PlayStation VR sepatutnya mula dijual hari ini. Proses pra-pesanan sudah dilakukan sejak bulan bulan lalu. Hari ini ramai yang melakukan pra-pesanan terkejut kerana menerima SMS mengatakan PSVR mereka akan mengalami kelewatan. Mereka hanya boleh mengambil PSVR yang telah dipesan pada 21 Oktober hadapan.

 

SMS hanya diterima pagi ini tanpa sebarang emel dihantar lebih awal. Bagi mereka yang sudah ternanti-nanti sejak Julai ini pastinya mengecewakan. Kelewatan ini nampaknya hanya melibatkan pasaran Malaysia sahaja. Laman rasmi PlayStation Asia telahpun mengesahkan masalah ini dan meminta maaf atas sebarang kesusahan yang menimpa pengguna tempatan. Berapa ramaikah diantara pembaca Amanz yang turut terkesan dengan kelewatan ini?

 


TIPS & ULASAN