Grab Menawarkan Tempahan Kenderaan Tesla Model S Untuk Lokasi Dan Waktu Terhad

Grab Menawarkan Tempahan Kenderaan Tesla Model S Untuk Lokasi Dan Waktu Terhad

Diterbitkan pada Okt 13, 2016 oleh .

Grab sering hadir dengan beberapa promosi khusus, dan terkini mereka bekerjasama dengan pihak GreenTech dan menawarkan kebolehan kepada para pengguna tempatan untuk mencuba menaiki kenderaan elektrik Tesla Model S

Promosi ini ditawarkan secara terhad di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur antara 14 Oktober hingga 16 Oktober 2016 ini. Pengguna akan dikenakan caj tetap RM15, dan boleh menaikinya pada jarak maksimum sehingga 5 kilometer.

Grab Tesla

Grab sendiri akan menambah sebuah ikon khusus pada aplikasi mereka esok bagi membolehkan pengguna membuat tempahan Tesla Model S.

Bagi anda yang berada sekitar Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang dan Jalan Tun Abdul Razak boleh menempahnya esok – 14 Oktober. Ia diteruska ke Mont Kiara, Sri Hartamas dan Bangsar pada 15 Oktober, seterusnya sekitar Bandar Utama, TTDI dan Mutiara Damansara pada 16 Oktober.


TIPS & ULASAN