HP Envy 27 AIO Dilancarkan Dengan Skrin 27″ QHD dan Soundbar Terbina

HP Envy 27 AIO Dilancarkan Dengan Skrin 27″ QHD dan Soundbar Terbina

Diterbitkan pada Okt 13, 2016 oleh .

Selain melakukan kemas kini ke atas komputer riba Spectre x360 mereka hari ini. Tetapi pada waktu yang sama mereka turut melancarkan komputer AIO terkini mereka HP Envy 27 AIO. Ia dilengkapi skrin 27″ dengan resolusi QHD, diperkasakan pemproses Intel Core i5/i7, RAM sehingga 16 Gigabyte, storan SSD 256 Gigabyte dan SDD 2 Terabayte. Kad grafik Nvidia GeForce 950M dengan 2 GB GDDR5 turut disertakan.

hp-envy-aio-27-2 Skrin yang digunakan mempunyai ketebalan maksimum 15 mm. Soundbar rekaan Bang&Olufsen digunakan dengan sistem kawalan sesentuh beroda pada panel atas. Menarik sekali sistem kamera RealSense 3D untuk sistem log masuk Windows Hello akan tersorok di belakang skrin apabila tidak digunakan. Ini adalah bagi memastikan privasi pengguna tidak akan diceroboh oleh penggodam. Aksesori lain yang disertakan ialah 4 USB 3.0, 1 USB-C dan satu pembaca kad universal. AIO ini dijual pada harga bermula $1299 (~RM 5485) sebuah.

hp-envy-aio-27-1

hp-envy-aio-27-3

 


TIPS & ULASAN