Cari @ Amanz

Rekabentuk motosikal tidak mengalami perubahan yang drastik sejak ia dihasilkan pada tahun 1885. Masalah utama penunggang motosikal pastinya dalam hal keselamatan. Di Malaysia penunggang motosikal ialah penyumbang utama kematian di atas jalan raya. BWM Motorrad VISION NEXT 100 ialah konsep motosikal masa hadapan yang cuba menyelesaikan masalah keselamatan ini.

bmw-motorrad-konsep-2 Motosikal berkuasa elektrik ini mempunyai sistem suspensi yang terletak di dalam tayar. Ketebalan tayar akan berubah secara automatik mengikut keperluan pemanduan. Apabila tidak bergerak tayar menjadi amat lebar dan membolehkannya berdiri tanpa memerlukan tongkat.

Pada waktu yang sama kaca mata realiti maya yang dipakai penunggang menunjukkan kelajuan, sistem navigasi GPS dan sistem amaran bahaya yang mungkin wujud. Inovasi konsep tidak terhenti di sini. Sebuah sut memandu pintar turut dibangunkan. Ia memberikan input haptik kepada penunggang apabila ia mengesan kenderaan yang muncul dari belakang. Jadi menurut pandangan BMW motosikal masa hadapan menggabungkan teknologi mesra alam dengan pelbagai teknologi pintar bagi memastikan keselamatan penunggang.

bmw-motorrad-konsep-5

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd