Cari @ Amanz

Canon pada tahun ini telah memasuki ulang tahun mereka yang ke-20 sebagai jenama pencetak inkjet no. 1 di Malaysia secara berturut-turut. Mereka meraikannya dengan melancarkan beberapa siri pencetak, bermula dengan PIXMA Ink Efficient E & G Series — untuk pengguna di rumah, perusahaan, dan perniagaan secara kecil-kecilan.

Di bawah siri E ini, ia telah hadir dengan dua model utama iaitu PIXMA E410 dan PIXMA E470.

PIXMA E410 menawarkan fungsi pencetakan kos rendah yang mampu mencetak sehingga 400 cetakan monokrom atau sehingga 180 cetakan berwarna untuk penggunaan satu-satu katrij. Sementara bagi model PIXMA E470 pula, ia telah menawarkan fungsi WiFi untuk pencetakan tanpa wayar selain turut menawarkan fungsi penjimatan yang serupa seperti PIXMA E410.

canon-dsc_3728

Fungsi pencetakan tanpa wayar ini membolehkan pengguna mencetak dokumen daripada pelbagai peranti seperti komputer dan telefon pintar terus melalui perkhidmatan Google Cloud Print. Ia juga boleh disambungkan dengan aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY dalam memudahkan anda menjana kandungan yang dioptimasikan untuk pencetak ini terus melalui peranti Android.

Bagi perniagaan kecil pula, Canon telah menawarkan PIXMA Ink Efficient G4000 iaitu pencetak dengan muatan dakwat yang diboleh diisi semula. Ia mampu mencetak sehingga 6,000 cetakan monokrom dan 7,000 cetakan berwarna bagi penggunaan satu botol dakwat yang dikeluarkan oleh Canon.

e-g-series-dsc_3717

e-g-series-dsc_3742

Dari segi harga, ia telah ditawarkan pada harga RM254 untuk model PIXMA E410 manakala model PIXMA E470 pula telah dijual pada harga RM314. Bagi yang ingin mendapatkan PIXMA G4000, ia bakal berada di pasaran sekitar November ini dengan harga RM1011.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd