Cari @ Amanz

Canon turut menawarkan kemaskini keluarga PIXMA All-in-One pada acara ulang tahun ke-20 sebagai jenama pencetak berasaskan inkjet no. 1 di Malaysia melalui perkenalan dua model baru iaitu TS8070 dan TS5070. Kedua-duanya didatangkan dengan rekaan kompak dan menarik disamping membawakan keupayaan baru pada pencetak semua-dalam-satu ini.

PIXMA TS8070 menawarkan sistem dakwat hibrid 6-warna bagi membolehkan penghasilan gambar yang berkualiti tinggi. Ia juga membawakan skrin LCD berwarna 4.3-inci disamping hadir dengan kebolehan mencetak terus pada permukaan CD dan juga pencetakan daripada kad memori.

canon-dsc_3718

Bagi model PIXMA TS5070, ia dilihat menawarkan spesifikasi yang sedikit rendah berbanding PIXMA TS8070 seperti kehadiran panel LCD bersaiz 3-inci dan ketiadaan sokongan NFC.

Di Malaysia, ia bakal ditawarkan sekitar November ini dengan harga RM537 untuk model PIXMA TS5070. Bagi yang ingin mendapatkan fungsi NFC, anda boleh mendapatkan PIXMA TS8070 dengan harga RM841.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd