Bagi yang mempunyai perniagaan berskala besar, Canon turut mengumumkan MAXIFY Business Inkjet Printer untuk pasaran tempatan dengan penghasilan pencetakan berkualiti yang menetapi piawaian ISO. Ia terdiri daripada dua model untuk pencetak multi-fungsi melalui MAXIFY MB5470 & MAXIFY MB5170, dan satu model pencetak satu-fungsi melalui MAXIFY iB4170.
Ketiga-tiga model dalam siri ini dilihat mampu mencetak sehingga 24 gambar berwarna dan kira-kira 15.5 gambar monokrom apabila dinilai daripada kiraan per minit (ipm). Pengguna juga boleh mengubah kepantasan pencetakan iaitu sehingga 32.5 helaian per minit untuk cetakan monokrom serta 26.5 helaian untuk cetakan berwarna.
Menariknya, ia dilengkapi dengan teknologi Quick First Print dalam meningkatkan lagi kelajuan dan pencetakan dengan kualiti yang konsisten. Ia juga mampu menampung sehingga 500 helaian kertas untuk diletakkan pada ruangan kertas pencentak apabila pengguna memilih model MAXIFY MB5470 & iB4170. Bagi model MB 5170, ia mampu menampung sekitar 250 helaian yang dilihat memadai untuk penawaran fungsi yang sedikit bawah berbanding MAXIFY MB5470 & iB4170.
Canon turut membekalkan fungsi unik untuk model pencetak yang menyokong multi-fungsi seperti kehadiran fungsi ID Card Copy selain menawarkan kawalan sekuriti untuk salinan fail melalui pemacu USB, email, dan rangkaian.
Namun ketiga-tiga model ini masih menawarkan sokongan Simple Network Management Protocol (SNMP) untuk pengurusan pelbagai peranti melalui perisian Canon imageWARE Enterprise Management (iWEMC) dan PrintFleet.
Kesemua model di bawah siri ini telah pun mula dijual di Malaysia yang mana membawakan harga RM606 untuk MAXIFY iB4170 dengan keupayaan satu-fungsi. Bagi model dengan multi-fungsi, ia boleh didapati pada harga RM983 untuk MAXIFY MB5170 manakala MAXIFY MB5470 ditawarkan pada harga RM1264.