Canon Menawarkan ImageCLASS Printer Di Malaysia – Pencetak Laser Untuk Kegunaan Korporat & Sektor Awam

Canon Menawarkan ImageCLASS Printer Di Malaysia – Pencetak Laser Untuk Kegunaan Korporat & Sektor Awam

Diterbitkan pada Okt 13, 2016 oleh .

Canon juga dilihat telah menawarkan pencetakan laser mereka menerusi siri imageCLASS yang mampu menampung keperluan pencetakan yang tinggi. Ia terdiri daripada tiga jenis pencetak berbeza iaitu pencetak laser monokrom dengan satu-fungsi, pencetak laser berwarna dengan satu-fungsi, dan pencetak laser monokrom dengan multi-fungsi.

imageCLASS LBP351x dan LBP352x merupakan pencetak laser monokrom dengan satu-fungsi terpantas yang pernah dihasilkan dalam siri ini. Ia menawarkan kepantasan 55 ppm untuk model LBP351x dan 62 ppm untuk model LBP352x.

canon-dsc_3700

canon-dsc_3723

Kedua-dua pencetak ini turut didatangkan dengan sambungan Gigabit Ethernet dan memori setinggi 1GB — yang mampu mengeluarkan pencetakan pertama sepantas 7.0-7.2 saat apabila ditugaskan daripada komputer lain pada rangkaian yang sama. Katrij pada kedua-dua model ini juga mampu mencetak sehingga 11,000 halaman dan juga 25,000 helaian sekiranya anda menetapkan fungsi penjimatan katrij pada pencetak ini.

Bagi yang ingin menikmati pencetakan berwarna, imageCLASS LBP841Cdn menawarkan pencetakan laser A3 berwarna dengan satu-fungsi. Melalui teknologi Canon On-Demand Fixing, ia mampu mencetakan helaian A4 (berwarna dan monokrom) sebanyak 26 ppm dan 15 ppm untuk helaian bersaiz A3. Penggunaan katrij pada pencetak ini juga amat menjimatkan — dengan kemampuan mencetak sehingga 13,000 helaian untuk cetakan monokrom.

canon-dsc_3713

Untuk pencetak laser monokrom dengan multi-fungsi pula, Canon telah mengeluarkan imageCLASS MF416dw dan MF515x untuk kebolehan mencetak, imbas, salin, dan fax. Ia menawarkan kelajuan mencetak 33 ppm untuk MF416dw dan 30 ppm untuk model MF515x. Kedua-dua model ini turut menyokong cetakan dwi-bahagian dan kebolehan menyalin dokumen pada pelbagai saiz.

canon-dsc_3740

Dari segi harga, imageCLASS LBP351x telah ditawarkan pada harga RM5630 manakala model LBP352x telah dijual pada harga RM6650 (dengan kesediaan stok atas permintaan). Untuk pencetak monokrom multi-fungsi, imageCLASS MF416dw boleh diperolehi pada harga RM3100 manakala RM3980 untuk model MF515x. Bagi yang ingin mendapatkan pencetak laser berwarna pula, imageCLASS LBP841Cdn boleh didapati melalui pengedar rasmi Canon pada harga RM8620.


TIPS & ULASAN