Cari @ Amanz

Samsung Malaysia semalam telah mengumumkan yang mana para pengguna Galaxy Note 7 tempatan boleh memilih untuk menukar-ganti peranti mereka kepada Galaxy S7 Edge, ataupun memilih untuk pemulangan wang sepenuhnya. Hari ini, mereka berkongsi beberapa info tambahan.

Samsung Galaxy note 7

Menurut Samsung Malaysia, pengguna yang memilih untuk menukar kepada Galaxy S7 Edge, turut akan menerima pulangan RM300 – yang dibayar terus kepada akaun bank mereka.

Sementara untuk mereka yang memilih untuk pemulangan wang sepenuhnya, anda akan menerima RM2879.10 yang turut dibayar terus ke akaun bank. Samsung mengatakan pengguna yang membuat pra-tempahan boleh menyimpan beberapa hadiah percuma yang ditawarkan termasuk pengecas tanpa-wayar Samsung dan juga battery pack.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd