Facebook Video Kini Menyertakan Sokongan Chromecast Dan Apple TV

Facebook Video Kini Menyertakan Sokongan Chromecast Dan Apple TV

Diterbitkan pada Okt 14, 2016 oleh .

Facebook sedia memfokuskan kepada arena video sejak tahun lepas, dan telah menawarkan kemudahan untuk pengguna bukan sahaja memuat-naik video, tetapi juga strim secara langsung melalui aplikasi mudah-alih mereka. Kini, bergerak kehadapan, Facebook juga ingin memudahkan pengguna menonton video Facebook terus pada kaca televisyen.

Untuk tujuan berkenaan, hari ini Facebook mengumumkan sokongan untuk Apple TV dan Google Chromecast.

Melaluinya, apabila anda menonton Facebook Video pada peranti mudah-alih, anda turut akan dipaparkan dengan sebuah ikon televisyen. Apabila menekannya, anda akan dapat memainkan video berkenaan terus ke Apple TV. Perkara sama juga untuk Chromecast – namun untuk Chromecast ia hanya menyokong peranti iOS dan web sahaja, dan bakal diperkenalkan untuk Android tidak lama lagi.

Seperti biasa, pengguna boleh meninggalkan komen melalui telefon pintar mereka untuk sesuatu video, disamping memaparkan reaksi untuk Facebook Live.


TIPS & ULASAN