Cari @ Amanz

Steam Bakal Menyokong Pengawal Permainan Sony PlayStation 4

Link Copied!

Kami tergolong di dalam kategori pemain konsol. Tiga ahli sidang redaksi Amanz memiliki konsol ini dan selainnya memiliki konsol generasi terdahulu seperti Xbox 360. Oleh kerana terlalu biasa bermain di konsol, kami lebih selesa menggunakan alat kawalan permainan berbanding papan kekunci dan tetikus. Steam mengumumkan mereka bakal menyokong pengawal DualShock 4 dalam masa terdekat.

dual-shcok-4-steam-1 Pengumuman dilakukan ketika acara Steam Dev Days yang sedang berlangsung sekarang. Walaupun PlayStation sudah wujud lebih 25 tahun, sokongan pengawal konsol ini adalah menyedihkan pada platform PC. Ini berbeza dengan Xbox yang sudah menerima sokongan sejak Xbox 360. Oleh itu sokongan  ini amat kami nantikan. Tarikh bilakah sokongan ini akan bermula walaubagaimanapun masih belum diumumkan.


Komen ()