iPhone 7 Dan 7 Plus Kini Boleh Dipesan Dari Laman Rasmi Apple Malaysia
Artikel Berkaitan

iPhone 7 Dan 7 Plus Kini Boleh Dipesan Dari Laman Rasmi Apple Malaysia

Diterbitkan pada Okt 14, 2016 oleh .

Selamat pagi diucapkan kepada pembaca sekalian dan selamat menikmati iPhone 7/7 Plus bagi mereka yang menerimanya tengah malam tadi. Pasti pagi ini anda tidak sabar untuk memuat naik gambar peranti terkini ini di laman media sosial sehingga menimbulkan perasaan ujub di dalam hati. Bagi mereka yang ingin membeli kedua-dua peranti ini tanpa ikatan kontrak. Anda sudah boleh melakukan pesanan menerusi laman Apple Malaysia pagi ini.

apple-iphone-7-plus-jet-blackBergantung kepada model yang ingin dibeli, tempoh menunggu terpendek ialah antara 1-3 hari dan tempoh paling lama pula ialah 6-8 minggu. Tidak mengejutkan tempoh menanti paling lama berlaku apabila anda memesan model Jet Black. Seperti yang kami laporkan sebelum ini harga jualan iPhone 7 bermula dari RM 3199 sebuah manakala iPhone 7 Plus pula bermula dari RM3799 sebuah.


TIPS & ULASAN