Cari @ Amanz

Ubuntu kini telah pun melancarkan sistem operasi terbaru mereka dinamakan Yakkety Yak, sekaligus membolehkan para pengguna seluruh dunia untuk memuat-turun dan menggunakannya secara percuma.

Unity 8

Ubuntu 16.10 menawarkan kemaskini pelbagai perisian baru, termasuk penyertaan kernel Linux yang baru. Disamping itu, kini melalui Ubuntu 16.10, para pengguna turut boleh menguji antaramuka Unity 8 dalam bentuk Technical Preview. Pengguna perlu memuat-turunnya secara berasingan, memandangkan Ubuntu 16.10 hadir dengan Unity 7 secara terbina, dan Unity 8 merupakan antaramuka generasi baru yang akan hadir pada sistem operasi akan datang mereka.

Unity 8 dilihat lebih dioptimasikan untuk penggunaan pada skrin sentuh, selain beberapa penambahan fungsi khusus menarik.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Ubuntu 16.10 hari ini dan mencubanya pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd