Carian
Dua Peranti Android Wear 2.0 Daripada Google Bakal Hadir Pada Suku Pertama 2017
October 14, 2016 Aman

Google pada minggu lepas telah memperlihatkan fokus mereka pada arena pengeluaran peranti, dan mengumumkan sejumlah peranti, termasuk telefon pintar, penghala, penstrim ke televisyen, dan beberapa yang lain. Selain daripadanya, Google juga turut dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka tersendiri pada awal 2017 kelak.

Android Wear

Seperti diperkatakan sebelum ini, Google dijangka akan memperkenalkan dua peranti, dan kedua-duanya akan dijana menggunakan Android Wear 2.0.

Daripada apa yang diketahui, peranti bersaiz besar dijangka akan menyertakan sokongan rangkaian LTE secara terbina, selain sokongan GPS dan denyutan nadi – sekaligus membolehkan ia beroperasi tanpa memerlukan telefon pintar. Sebaliknya, satu lagi peranti bersaiz kompak pula akan memerlukan telefon pintar dan menawarkan rekaan sedikit nipis.

Google mungkin menantikan pelancaran Android Wear 2.0 dengan pelbagai ciri-ciri menarik, sebelum melancarkan jam tangan pintar mereka secara rasminya.

Komen