Cari @ Amanz

Perkembangan arena digital dan internet turut membawa kepada sumbangan peningkatan dalam pendapatan ekonomi negara. Selari dengannya, kini Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah pun mengumumkan yang mana tahun hadapan, 2017 akan menjadi “Tahun Ekonomi Internet”.

Najib - Google Glass

Lima strategi teras dikatakan akan memangkin dalam merealisasikan “Tahun Ekonomi Internet” ini, iaitu, mikrokosma fizikal, pembiayaan modal risiko, perhubungan, bakat dan rangka kerja kawal aturan.

Dengan revolusi digital dan internet yang berkembang pesat, kerajaan tidak ingin Malaysia ketinggalan dan ingin mengambil peluang melaluinya. Melalui data sebelum ini, ekonomi digital dilaporkan menyumbang sekitar 17.8% KDNK pada tahun 2015 yang lepas.

Dengan sasaran baru ini, beberapa perkara turut telah disediakan, termasuk strategi untuk e-Dagang, selain memudahkan lagi penubuhan Hab Digital Malaysia dipelbagai kawasan.

Tidak mustahil kita melihat lebih fokus terhadap arena digital ini melalui pengumuman belanjawan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd