Presiden Bahagian Mobil Samsung Electronics Memohon Maaf Atas Masalah Melibatkan Note 7

Presiden Bahagian Mobil Samsung Electronics Memohon Maaf Atas Masalah Melibatkan Note 7

Diterbitkan pada Okt 14, 2016 oleh .

Di hari Jumaat yang mulai ini marilah kita berbaik-baik dan bermaaf-maafan. Di Korea Selatan Koh Dong-jin, Presiden Bahagian Mobil Samsung Electronics memohon maaf secara terbuka kepada pelanggan yang mengalami kesusahan akibat masalah melibatkan Samsung Galaxy Note 7.

koh-dong-jin

Beliau mengadakan sidang akhbar untuk meminta maaf dan berjanji untuk menumpukan segala usaha bagi mencari punca di sebalik letupan rawak yang berlaku. Pada waktu yang sama beliau ingin mengembalikan kepercayaan pengguna supaya mereka boleh menggunakan produk Samsung tanpa sebarang masalah keselamatan.

Pihak Samsung masih belum mampu mencari punca sebenar masalah ini. Mereka hanya akan berkongsi maklumat mengenainya dalam minggu-minggu mendatang. Kedudukan Koh Dong-jin kini goyah dengan terdapat desas-desus beliau mungkin akan dipaksa meletak jawatan akibat masalah yang berlaku di bawah pengawasan beliau.

Budaya meminta maaf dan mengakui kelemahan secara peribadi ini amat sinonim dengan warga di negara Asia Timur. Malang sekali ketika Malaysia mengamalkan dasar pandang ke Timur dahulu, ini ialah budaya yang kita terlepas pandang untuk diimport masuk.


TIPS & ULASAN