Aplikasi Instagram Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Komputer Dan Tablet Windows

Aplikasi Instagram Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Komputer Dan Tablet Windows

Diterbitkan pada Okt 14, 2016 oleh .

Instagram sedia ditawarkan untuk pengguna telefon Windows 10, dan hari ini mereka turut memperluaskan penawaran aplikasi berkenaan secara rasminya untuk para pengguna komputer dan terutamanya tablet Windows 10.

Instagram Tablet

Pengguna tablet Windows 10 kini boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengikuti pelbagai kemaskini semasa, menonton Instagram Stories, berkomunikasi melalui Instagram Direct, malah turut menggunakannya untuk merakamkan gambar dan menyunting sebelum memuat-naik ke Instagram.

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan untuk pengguna desktop adalah ketiadaan sokongan memuat-naik ke Instagram. Kami tidak pasti bagaimana pihak Instagram mengenal-pastinya, berkemungkinan berdasarkan kepada penyertaan kamera belakang pada sesuatu peranti berkenaan.

Bagi anda yang menggunaka tablet, desktop, komputer riba atau komputer dua-dalam-satu berasaskan Windows 10, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi perkongsian gambar popular ini.

Muat-Turun Instagram untuk Windows 10


TIPS & ULASAN