Kemaskini Windows 10 Seterusnya Dijangka Hadir Seawal Mac 2017

Kemaskini Windows 10 Seterusnya Dijangka Hadir Seawal Mac 2017

Diterbitkan pada Okt 14, 2016 oleh .

Microsoft telah diperkatakan akan hadir dengan sekurang-kurangnya dua kemaskini yang menyertakan sejumlah fungsi baru. Kini, desas-desus baru hadir, mengatakan kemaskini pertama untuknya yang dinamakan sebagai Redstone 2 mungkin hadir pada bulan Mac 2017 kelak.

Buat masa ini, fungsi baru yang akan disertakan masih menjadi tanda tanya. Sebelum ini, Microsoft telah diperkatakan akan hadir dengan sokongan mengurangkan cahaya biru pada Windows 10, disamping penambah-baikkan lain pada sistem operasi berkenaan.

Microsoft dijangka berkongsi mengenai penawaran baru mereka pada acara yang dijadualkan penghujung bulan ini bersama-sama pengenalan peranti Surface baru kelak.


TIPS & ULASAN