Xiaomi Mi Music Alarm Clock Ingin Membantu Anda Tidur Dan Mengejutkan Anda Setiap Pagi

Xiaomi Mi Music Alarm Clock Ingin Membantu Anda Tidur Dan Mengejutkan Anda Setiap Pagi

Diterbitkan pada Okt 15, 2016 oleh .

Xiaomi sejak setahun dua ini telah hadir dengan sejumlah peranti berhubung yang membolehkan pengguna mengawal dan berinteraksi menggunakan telefon pintar. Paling terkini, mereka turut telah hadir dengan sebuah penggera khusus untuk mengejutkan anda setiap pagi.

Xiaomi Mi Music Alarm Clock

Mi Music Alarm Clock ini, selain daripada penggera, turut beroperasi sebagai sebuah speaker berasaskan kepada Bluetooth. Xiaomi mengatakan bateri terbina 2600mAh padanya mampu menawarkan masa memainkan muzik selama 8 jam – ataupun masa bertahan sehingga 15 hari.

Paparan jam juga menggunakan lampu LED, dan ia memperlihatkan angka untuk sesuatu jam, selain sebuah dot khusus yang memaparkan minit.

Xiaomi Mi Music Alarm Clock

Menariknya mengenai Mi Music Alarm Clock ini adalah selain hanya menjadi jam penggera, ia juga turut boleh membantu anda tidur pada waktu malam. Melaluinya, ia akan mengeluarkan sebuah bunyi atau nada khusus yang membolehkan anda tidur dengan lebih cepat. Bagi kami sendiri, kurang pasti berkenaan bagaimanakah ia akan berfungsi.

Seperti kebanyakkan peranti berhubung Xiaomi, Mi Music Alarm Clock ini ditawarkan hanya di China pada harga sedikit premium, iaitu 199 Yuan (~RM125).

Xiaomi Mi Music Alarm Clock


TIPS & ULASAN