HTC Akan Menamatkan Pelayar Web Android, HTC Internet Pada 30 November
HTC

HTC Akan Menamatkan Pelayar Web Android, HTC Internet Pada 30 November

Diterbitkan pada Okt 15, 2016 oleh .

HTC InternetBeberapa pengeluar peranti Android turut menyediakan pelayar web mereka tersendiri sebagai sebuah alternatif pada peranti mereka – termasuk pihak HTC. HTC sebelum ini telah menyertakan aplikasi pelayar web mereka pada beberapa model telefon pintar, selain turut menyertakan aplikasi Google Chrome.

Kini, menyedari berkemungkinan kerana angka pengguna aktifnya yang tidak tinggi, pihak HTC dilihat akan menamatkan aplikasi berkenaan. Terkini, melalui kemaskini baru, HTC menyatakan mereka akan menamatkan aplikasi HTC Internet mulai 30 November 2016 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, pengguna masih boleh menggunakannya – tetapi anda tidak akan menerima sokongan sekuriti terkini, dan tiada lagi kemaskini baru akan ditawarkan.

Sebagai alternatif, mungkin anda boleh menggunakan Google Chrome, atau turut mencuba aplikasi daripada Mozilla, ataupun Opera.


TIPS & ULASAN