Sebanyak 55 Juta Mi Power Bank Telah Terjual Setakat Ini

Sebanyak 55 Juta Mi Power Bank Telah Terjual Setakat Ini

Diterbitkan pada Okt 15, 2016 oleh .

Memiliki power bank ialah fenomena yang muncul sekitar dua tahun yang lalu. Kekerapan kita menggunakan peranti meningkat namun bateri jarang sekali dapat bertahan sepanjang hari. Xiaomi memasarkan Mi  Power Bank di Malaysia dan ia mendapat sambutan luar biasa. Pek bateri mereka berkapasiti tinggi tetapi dijual pada harga yang mampu milik seperti peranti mereka. Mereka hari ini mengumumkan telah berjaya menjual 55 Juta Mi Power Bank setakat ini.

mi-power-bank-55-juta

Ini sekaligus menjadikan Mi Power Bank sebagai pek bateri tambahan nombor satu di dunia. Rekaan power bank mereka semakin nipis tetapi masih mengekalkan kapasiti tinggi. Kami sebenarnya masih menanti kemunculan Mi Power Bank Pro dengan kapasiti 10000 mAh di Malaysia. Ia menyokong sistem pengecasan pantas dan USB-C. Berapa ramaikah di kalangan pembaca Amanz yang pernah membeli power bank keluaran Xiaomi?


TIPS & ULASAN