Cari @ Amanz

LG G5 baru sahaja memasuki pasaran Malaysia selepas hampir lapan bulan dilancarkan di pasaran lain. Telefon pintar ini unik kerana ia adalah peranti modular pertama yang dijual secara komersial. LG nampaknya bakal melancarkan sebuah lagi peranti dengan saiz dan bentuk seakan LG G5 yang akan dikenali sebagai LG LV5.

lg-lv5Rekaan bentuk adalah seakan sama tanpa sebarang fungsi modular. Tiada kamera berkembar pada model ini tetapi panel belakang masih boleh dibuka bagi membolehkan bateri ditanggalkan. Sejak kebelakangan ini semakin jarang pengeluar menghasilkan peranti dengan bateri boleh tanggal. Spesifikasi penuh dan tarikh pelancaran masih belum diketahui setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd