Cari @ Amanz

Huawei sebelum ini telah menyasarkan untuk mengeluarkan lebih kurang 100 juta telefon pintar untuk tahun 2016 ini. Kini, dengan berbaki lebih dua bulan lagi, pengeluar dari China berkenaan telah pun mencapai angka berkenaan.

Huawei dilaporkan berkongsi mengenainya ketika pelancaran keluarga peranti Huawei Nova di China baru-baru ini.

Huawei pada tahun ini telah berjaya mencuri perhatian ramai melalui pengenalan Huawei P9 yang hadir dengan kamera berjenama Leica, dan menawarkan beberapa ciri tambahan melaluinya. Disamping itu, Huawei juga telah mengeluarkan keluarga peranti NOVA yang membawakan spesifikasi pertengahan tetapi dengan ciri-ciri premium.

Huawei melalui subsidiari mereka, Honor juga dilihat berjaya mencuri perhatian ramai sepanjang 2016 ini, melalui siri Honor 5 dan juga Honor 8. Mereka juga dijangka akan memperkenalkan Honor 6X pada minggu hadapan.

Huawei sendiri tidak lagi selesai untuk tahun 2016 ini, dan bakal memperkenalkan Huawei Mate 9 pada awal bulan November 2016 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd