Cari @ Amanz

Samsung mempunyai sejumlah peranti dibawah penawaran mereka, dan terkini mereka dilihat menawarkan sebuah komputer riba berasaskan Chrome OS, dinamakan sebagai Chromebook Pro. Komputer riba ini menawarkan rekaan yang boleh diputar 360-darjah untuk digunakan dalam pelbagai mod.

Melalui mod biasa, pengguna boleh memutar skrin untuk menggunakannya sebagai sebuah komputer riba, atau sebagai sebuah tablet, atau untuk menikmati media seperti video.

Menariknya, komputer riba ini turut hadir dengan sokongan input berasaskan stylus, dan Samsung memanggilnya sebagai PEN.

Samsung Chromebook Pro

Dari segi spesifikasi, Samsung Chromebook Pro ini hadir dengan skrin 12.3-inci pada resolusi 2400×1600 pixel, dilengkapi cip pemprosesan enam-teras 2Ghz, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB. Ia menjalankan Chrome OS, dan turut hadir dengan Google Play Store untuk menjalankan aplikasi Android. Melengkapkan ia juga adalah papan kekunci fizikal terbina berbentuk chiclet.

Samsung Chromebook Pro

Samsung menyertakan ruangan stylus khusus supaya ia tidak hilang, selain turut menawarkan langganan AirDroid bagi memudahkan anda menggunakan ia bersama-sama telefon pintar.

Samsung dijangka memasarkan Chromebook Pro ini untuk pasaran Korea Selatan, dan mungkin beberapa negara terpilih lain dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd