Cari @ Amanz

Valve mempunyai penawaran Steam Link, iaitu sebuah kotak yang dihubungkan ke televisyen, dan membolehkan para pengguna strim permainan daripada platform Steam terus ke kaca televisyen. Bergerak kehadapan, Valve dilihat akan bekerjasama dengan beberapa pengeluar televisyen dan mengintegrasikan sokongan Steam terus padanya.

Berkongsi ketika Steam Dev Days, Valve dilihat bekerjasama dengan Samsung, dan akan menawarkan sokongan Steam Link secara terbina pada televisyen Samsung terpilih akan datang. Ini sekaligus membolehkan pemain Steam strim permainan terus ke kaca televisyen Samsung tanpa memerlukan sebarang peranti tambahan.

Namun, seperti sebelum ini, anda memerlukan alat kawalan khusus untuk mengawal permainan, iaitu Steam Controller.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd