Cari @ Amanz

Ada kalanya, anda ingin berkongsi sesuatu akaun internet – sebagai contoh akaun Netflix bersama adik atau rakan-rakan, dan mungkin anda tidak ingin berkongsi kata laluan. Kini, salah satu pemalam dan perkhidmatan yang ingin memudahkan proses berkenaan adalah AccessURL.

Melalui pemalam Chrome AccessURL, pengguna boleh menjana sebuah pautan khusus untuk akaun anda, dan berkongsi dengan rakan atau ahli keluarga yang lain. Ia memberikan kawalan seperti termasuk mematikan akses untuknya selepas sehari, seminggu dan sebagainya.

AcceessURL

AccessURL tidak menggunakan kata laluan atau nama pengguna untuk berkongsi, sebaliknya bergantung kepada cookies. Ini bermakna, sekiranya anda log keluar daripada sesuatu perkhidmatan ketika menggunakan cookies yang sama, maka pengguna lain yang turut dikongsikan URL berkenaan akan turut akan log keluar sama.

Memandangkan ia menggunakan konsep ini, maka tidak semua perkhidmatan yang disokong – terutamanya yang menyimpan data berkenaan IP ketika anda log masuk. Walaubagaimanapun, AccessURL ini boleh dikatakan salah satu perkhidmatan yang membantu sekiranya anda ingin berkongsi sesuatu akaun internet tanpa ingin berkongsi kata laluan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd