Malaysia Airlines Dan AirAsia Tidak Lagi Membenarkan Galaxy Note 7 Pada Penerbangan

Malaysia Airlines Dan AirAsia Tidak Lagi Membenarkan Galaxy Note 7 Pada Penerbangan

Diterbitkan pada Okt 16, 2016 oleh .

Malaysia Airlines dan AirAsia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang meminta pengguna mematikan peranti Galaxy Note 7 ketika menaiki penerbangan mereka. Sejak daripadanya, pelbagai perkara telah berlaku, dan pihak Samsung sendiri telah menarik kembali peranti mereka dan mengumumkan tidak lagi akan memasarkannya.

Terkini, melalui kenyataan daripada Malaysia Airlines dan AirAsia yang dikeluarkan melalui Facebook mereka, mereka tidak lagi akan membenarkan Galaxy Note 7 pada penerbangan mereka bermula 17 Oktober 2016 ini.

Pengguna yang membawa Galaxy Note 7 tidak lagi akan dibenarkan menaiki penerbangan AirAsia ataupun Malaysia Airlines – termasuk sama ada membawanya dalam beg kabin, mendaftar masuk, melalui kargo, atau membawanya sendiri. AirAsia turut menekankan mengatakan pengguna dengan peranti ini tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan mereka.

Samsung Malaysia sendiri telah mengeluarkan kenyataan meminta para pengguna untuk tidak lagi menggunakan peranti berkenaan, dan menukar-gantinya kepada Galaxy S7 Edge atau mendapatkan wang anda kembali sekiranya masih mempunyai peranti berkenaan.


TIPS & ULASAN