Cari @ Amanz

Facebook Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan secara meluas oleh semua pengguna, dan mempunyai angka pengguna melangkaui lebih 1 bilion orang. Ini sekaligus membuatkan Facebook turut memfokuskan kepada pasaran negara membangun dengan akses internet terhad dalam terus memperluaskan perkhidmatan mereka.

Selepas hadir dengan Messenger Lite sebelum ini, kini Facebook dilihat sedang menguji fungsi penjimatan data pada aplikasi Messenger untuk Android.

Messenger Data Saver

Melalui fungsi ini, apabila ia diaktifkan, pengguna perlu memuat-turun gambar dan video yang dikongsikan secara manual ketika dalam rangkaian mudah-alih, dan hanya akan muat-turun secara automatik apabila pada rangkaian WiFi. Ini secara tidak langsung menjimatkan data anda daripada memuat-turun pelbagai gambar dan video yang dikongsikan rakan-rakan melalui Messenger.

Buat masa ini, Facebook menguji fungsi ini melalui Facebook Messenger Beta, dan mungkin diperkenalkan secara meluas dalam masa beberapa minggu lagi berdasarkan kepada maklumbalas awal pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd