Butang Maya Akan Terpapar Secara Automatik Sekiranya Butang iPhone 7 Mengalami Kerosakan

Butang Maya Akan Terpapar Secara Automatik Sekiranya Butang iPhone 7 Mengalami Kerosakan

Diterbitkan pada Okt 17, 2016 oleh .

iPhone 7 dan 7 Plus adalah peranti pertama Apple yang menggunakan butang home kapasitif dengan sokongan teknologi 3D Touch. Tiada lagi mekanisme bergerak yang akan mengalami kerosakan selepas digunakan selama beberapa tahun. Tetapi sekiranya perkara ini masih berlaku anda tidak perlu risau terkunci dari mengakses peranti.

home-button-rosak-iphone-7Sebuah iPhone 7 milik iwayne mengalami kerosakan walaupun baru berusia beberapa minggu. Beliau walaubagaimanapun masih mampu mengakses peranti kerana iOS10 secara automatik mengaktifkan butang maya di atas skrin. Sistem automatik ini tidak pernah diiklankan dan beliau mungkin pengguna pertama yang menemuinya. Sebagai pengguna iPhone 7 Plus kami lega dengan adanya sistem kecemasan ini. Pada waktu yang sama sedikit kecewa kerosakan masih boleh berlaku pada sistem baru yang sepatutnya lebih tahan lasak.


TIPS & ULASAN