Carian
Sistem Always On Display Samsung Galaxy S7 Dikemas Kini Untuk Kelihatan Seperti Note 7
October 17, 2016 Effi Saharudin

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge ialah dua peranti yang ditawarkan sebagai pengganti kepada pengguna Galaxy Note 7. Sungguhpun begitu terdapat banyak fungsi baru Note 7 yang tiada pada peranti utama ini. Tetapi salah satu fungsi baru Note 7 ia akhirnya ditawarkan pada S7 dan S7 Edge. Sistem skrin kekunci Always On Display akhirnya dikemas kini pada kedua-dua peranti dan menyamai fungsi yang ditemui pada Note 7.

samsung-always-on-display

Lebih banyak pilihan reka letak ditawarkan. Pengguna kini boleh meletakkan gambar pilihan sendiri apabila skrin terpadam. Pelbagai latar belakang baru juga disediakan dengan kustomasi warna untuk jam serta kalendar. Untuk melakukan kemas kini sila ikuti langkah di bawah. Aneh sekali kemas kini ini tidak muncul sebagai notifikasi seperti pada aplikasi lain.

  1. Pergi ke skrin Settings.
  2. Pilih Display.
  3. Pilih Always on display.
  4. Tekan About Alaways On Display.
  5. Butang kemas kini akan wujud pada bahagian bawah skrin.
  6. Muat turun kemas kini menerusi Galaxy Apps.
Komen