Cari @ Amanz

Samsung mengumumkan mereka telahpun memulakan penghasilan cip pemproses yang menggunakan teknologi 10 nm FinFET. Ini besar kemungkinan adalah permulaan penghasilan pemproses Exynos 8895 dan Snapdragon 830 untuk peranti Samsung Galaxy S8 yang akan dilancarkan Februari tahun hadapan. Teknologi penghasilan baru ini memberikan peningkatan kemampuan memproses sehingga 27% tetapi mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 40%.

Peranti Samsung seperti S7 Edge di pasaran sekarang dilengkapi pemproses Exynos 8890 dan Snapdragon 820 yang dihasilkan menggunakan teknologi 14 nm. Cip berteknologi lebih kecil ini bakal mengurangkan lagi penggunaan tenaga dan kos pengilangan. Antara ura-ura yang didengari setakat ini ialah Exynos 8895 adalah 70% lebih pantas dalam memproses gambar yang diambil menggunakan kamera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd