Cari @ Amanz

Google hari ini telah mengadakan acara khas memfokuskan pembangun, dinamakan sebagai Google PlayTime. Ketikanya, beberapa data dikongsikan, termasuk pihak App Annie yang berkongsi beberapa data menarik.

Google PlayTime

Salah satu perkara yang mencuri perhatian adalah perkongsian App Annie, mengatakan kini sekitar 10% pengguna seluruh dunia tidak membuka aplikasi telefon yang hadir terbina -setiap minggu. Perkara ini sekaligus memperlihatkan gaya perubahan penggunaan telefon pintar.

Walaupun begitu, tetapi ini tidak bermakna pengguna kurang membuat panggilan. Tetapi, ia lebih memperlihatkan kaedah baru komunikasi – termasuk penggunaan aplikasi seperti Skype, Facebook Messenger, WhatsApp dan sebagainya untuk panggilan audio, video, mahupun teks.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd