Carian
Rockstar Mengeluarkan Teaser Yang Mungkin Untuk Permainan Red Dead Terbaru
October 17, 2016 Effi Saharudin

Red Dead Redemption ialah permainan pertama yang kami beli pada konsol PlayStation 3. Ia mungkin permainan dengan jalan cerita terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah Rockstar. Perjalanan hidup John Marston selepas berhenti menjadi seorang penyangak memang cukup menyentuh perasaan dengan penamat cerita amat mengejutkan. Malang sekali masih ramai tidak pernah memainkan RDR kerana ia eksklusif di konsol.


Semalam Rocktar memuat naik sebuah tweet gambar studio dengan latar belakang berwarna merah. Sekilas pandang ia adalah latar belakang yang sama dilihat pada skrin loading Red Dead Redemption. Ini mungkin petanda terkini mereka bakal mengumumkan kesinambungan trilogi dalam masa terdekat.

Kepada yang kurang arif dengan siri Red Dead, ia pertama kali muncul pada PlayStation 2 pada tahun 2004 dengan nama Red Dead Revolver. Read Dead Redemption muncul pada tahun 2010 dan selepas enam tahun sambungan cerita koboi ini sudah lama dinantikan. Sebelum ini ada kami laporkan peta permainan terbaru Read Dead tertiris. Sebagai peminat RDR kami amat teruja dengan berita yang bakal diumumkan Rockstar kelak.

Komen