iPhone 4 Dan MacBook 2010 Akan Disenaraikan Sebagai Peranti Usang Pada 31 Oktober Hadapan

iPhone 4 Dan MacBook 2010 Akan Disenaraikan Sebagai Peranti Usang Pada 31 Oktober Hadapan

Diterbitkan pada Okt 17, 2016 oleh .

Dunia bergerak dengan pantas dan model terkini peranti pintar dan komputer yang dipasarkan akan ditukar setiap dua tahun secara purata. Tetapi ramai juga yang masih berkeras menggunakan peranti lama kerana merasakan selagi ia berfungsi tiada keperluan untuk membeli yang baru. iPhone 4 dan MacBook 2010 akan disenaraikan sebagai Obsolete (usang) pada 31 Oktober hadapan oleh Apple menurut laporan Mac Otakara.

apple-vintage-obsolete-1Di Apple kategori Obsolete diberikan kepada produk yang berusia tujuh tahun dan ke atas. Apabila dimasukkan ke dalam senarai ini, ia tidak akan menerima sebarang sokongan dari Apple. Sekiranya berlaku kerosakan, pemilik terpaksa membaikinya dari pihak ketiga. Terdapat sebuah lagi kategori yang diberi nama Vintage. Vintage ialah peranti yang dihentikan pengeluaran lima tahun yang lalu tetapi berusia di bawah tujuh tahun. Apabila kerosakan berlaku Apple akan menerima peranti untuk dibaiki tetapi tertakluk kepada beberapa pengecualian.

Kali terakhir iPhone 4 menerima kemas kini perisian ialah pada tahun 2014 dengan iOS 7.1.2. Kepada pemilik iPhone 4, ini mungkin petanda anda perlu membeli peranti baru bagi menggantikan peranti usang anda.


TIPS & ULASAN